Nur Hanisah Nadhrah

June 19th, 2008 by caspergmee

Nur Hanisah Nadhrah 29052008551_3

Hello Guys!!mmm…lama gak la tak tulis blog ni after delivered baby girl…

On 11th April 08 - 9.00a.m - Masa ni banyak air keluar tapi tak berapa sakit sangat ar…then go to Ampang Hospital…sampai jerk kat sana terus kena admit sebab dah pecah dah air ketuban….

Alhamdulillah..on 12.46 pm Nur Hanisah Nadhrah selamat dilahirkan dengan sempurna….NORMAL & tak sesusah kakaknyer dulu…

Today, Nadhrah dah pun 71 days…sekarang yg best nyer kena jaga kakak dier…hehe cemburunyer bagai nak giler hehe…."sepak" adik (two meaning), tutup muka adik, ketuk kepala adik…ha yg paling best masa adik dier 7 hari dah kena gigit dah….sian adik….

I Really Love My Husband & My LoveLy Daughter…..

Alhamdulillah Nur Aina Darwisha dah OK!!

March 31st, 2008 by caspergmee

25032008425_1

  • Pagi Selasa 3.00 pagi 25th March 08, wicha demam panas sgt, so bawa g KPJ Kajang…40 degrees…panas gak..Medical Officer tak dapat nak buat aper kena tunggu pakar pediatrik kul 9.00 pg (Dr. Asmuni) untuk amik darah…risau la kalau kena denggi sbb rumah babysitter ader yg confirmed kena denggi…
  • Then at 9.00am…jumpa Dr. Asmuni…explain everything then darah wicha kena amik….dlm kul 10.30am baru dapat result…..denggi negative (ok) tapi sel darah putih dier tinggi….alamak sedihnyer………..risau sangat camner leh jadi camni….
  • then, terus call my elder sis (Dr. Fadh) hantar sampel darah wicha kat hospital ampang….3 pakar check….Alhamdulillah bukan luekimia…..cuba ader virus infection…..
  • Alhamdulillah on 27th March 08…sel darah putih Wicha kembali normal…..discharge dalam kul 7.00 pm….

    3 days at KPJ Kajang Specialist Hospital di diagnos "Bronchiolitis"….Wicha

    18.02.08-Nur Aina Darwisha kena buat Brain CT scan

    March 6th, 2008 by caspergmee

    19022008371 Hi…lama dah update blog ni…Okla…Just want to share some experience with my lovely daughter….22nd March ni genaplah puteriku berumur 2 tahun…

    On 18th Feb 2008…dlm kul 10 mlm kot, wicha mengamuk nak air kot ngn my husband utk main masak2 (maklumla girl)…time ni I kat toilet, wicha ni geram sgt apalagi..goncangkan TV pastu jam atas TV jatuh kat kepala dia….darah byk sgt…pastu muntah2 3 kali berturut…

    so then, bawalah my daughter ni kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah…lama gak tunggu doktor sampai dlm kul 10>…pastu doktor Zahrah ckp kena buat Brain CT scan….area sini hanya ader kat Serdang Hospital jerk…KPMC pun takder…tahu jerla kan Serdang ni memang lambat….18022008366

    So…I bawaklah gi Serdang Hospital sampai dlm kul 11….tunggu punyer tunggu…kul 4 pagi baru boleh buat CT scan….mmmmm kesian Wicha….tapi dlm masa menunggu ni…dia boleh main taman kat situ ngn kawan2 baru dier…comel comel…geram sakit2 pun nak main lagi…

    dlm kul 5 pagi baru dapat result…nampak OK la…Alhamdulillah takder apa2….tapi sayang….kecik2 kena CT scan…

    My Daughter’s Birthday Party

    March 27th, 2007 by caspergmee

    P3220691_1

    Assalamualaikum….. just want to share some info & experience d’ Pizza Hut (22nd of March 2007)- My Daughter’s Birthday Party. P3230722

    Firstly, I would like to thank all of my family & frendz (SONY Design members) for your help & support towards making this party successful.

     

    It gave me a wonderful memorable & unforgettable experience.

    Sorry if there any mistake, overlook or lack during this party.

    Thank you very much Guys!!! It really nice working with you All!

    p/s: Syukur Alhamdulillah….anak kak iza yg hilang masa party ni, jumpa akhirnya….

    (dahlah mak indon yg dukung….nasib baik abang fiza tanya mak indP3230724on tu ….cuak giler)…….. takutlah apa2 jadi kalau tak jumpa…….

    Anyway memang BEST lah……….

    50 Keistimewaan Seorang Wanita

    January 24th, 2007 by caspergmee

    1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

    2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

    3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

    5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

    7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

    8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

    9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

    10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

    11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

    13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

    15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

    16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

    17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10, 000 tahun).

    18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

    19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

    23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

    27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

    32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyade lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

    33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

    34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

    35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

    36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

    38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

    39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

    40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

    41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

    42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

    44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

    45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

    46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

    47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

    48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "

    50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

    Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita

    MuHaSaBah DiRi

    January 24th, 2007 by caspergmee
    Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

    Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan denan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

    Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: "Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah."

    Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

    Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: "pencuri! pencuri."

    Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana . Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

    Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: "Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun."

    Yang lainnya pula berkata: "Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ."

    Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

    Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

    Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

    Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

    Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: "Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!" Sambil meludah muka orang alim tersebut.
    Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: "Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua."

    Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

    Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

    Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: "Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya."

    Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: "Asalamualaikum."

    Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu:
    "Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk," kata orang alim itu menyamar diri.

    "Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu," jawab suara tadi dari dalam.

    "Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih."

    "Jadi bagaimana caranya?" Si ibu mengeluh kehilangan akal. "Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan."

    "Jangan bimbang wahai puan," kata orang alim tersebut. "Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan."

    Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: "Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka." Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

    Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: "Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.            

    Sebagai seorang ibu, kita haruslah bersabar dengan kerenah anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah swt kepada kita. Jika anak-anak kita telah menyakiti atau melakukan dosa terhadap kita,janganlah terus mendoakan sesuatu yang buruk keatas mereka.Ingatlah, doa seorang ibu untuk anaknya adalah diantara doa yang akan segera dimakbulkan oleh Allah swt. Sebaliknya kita haruslah berdoa agar anak-anak kita akan insaf dan segera bertaubat.

    Sesungguhnya…
    Dari Dia Kita Datang..
    Dari Dia Juga Kita Kembali

    Alhamdulillah…Semuanyer Selamat..Walaupun spt di HuJung NyaWa….

    January 23rd, 2007 by caspergmee

    1st_day_aina Nur Aina Darwisha Binti Mohd Azmi…….

    Satu pengalaman yang cukup bermakna…22nd of March 2006 lahirlah baby girl yang lama di tunggu tunggu semua orang…"SO CUTE" I ReaLLy Love her…..Since Feb’06 tanda2 wicha nak keluar memang dah ader…tumpah darah (tak lah banyak tapi bahayalah)…mengeras, sakit perut…semua aderla…maybe ni 1st time deliver babykan…so tak berapa nak tahulah camner….so memang byk kena belajar….

    Start admit’ 27th Feb at Putrajaya Hospital…tapi ward penuh, so gi la HKL sebab my sis Dr in HKL suggest kat situ jer, lagipun dekat ngn my hometown kan kat Keramat…lepas 2 admit la kat HKL pulak…pas2 sakit cam kurang pulak…sblm tu dah nak masuk labour room dah..pas2 tak jadi ar…balik umah kat bangi balik and then admit again at PUTRAJAYA Hospital…sebab sakit sangat…darah kuar lagi…..mungkin sebab aktif sangat kot…..dia tak kuar lagi……..so I decide to discharge sbb kesianla my husband kena ulang alik kl-bangi tapi DR. kat putrajaya ni tak kasi kuar bahaya….so my sis tolong ar call, baru ar dpt kuar and then balik umah mak…duduk sampai betul betul sakit baru admit…

    On 22st of March (2.00 am) memang sakit sangat….terus admit kat HKL, dr check kat bukak 5 cm…tapi time ni labour room penuh….so kenalah masuk ward dulu…lama sangat tunggu sampai kul 5.00 pagi barulah dr decide kena pecahkan air ketuban…and then my sis pulak suruh I ambik epidural…I tunggu kat 24hours in labour room…maybe sebab ambik epidural rasa sakit jadi kurang kot…pas2 dr check dah fully open 10cm and suruh I teran…time ni memang tak larat dah…dahlah time ni plak I demam (41′celcius tu), blood pressure pun low…nak buat camner kenalah kuatkan daya untuk meneran….dahla tak reti nak teran, memang kena marah..so sesiapa yang tgh pregnant tu pegilah amik kelas meneran…masa ni my husband pun kuar masuk nak tgk I…tapi suddenly specialist datang suruh my husband I kuar and want to do the operation takut baby lemas…lepas jer specialist tu cakap nak buat operation, terus jer I sekuat hati kuarkan wicha…..around 9.00 pm akhirnya I berjaya melahirkan baby girl yg sangat comel……..

    tapi sayang my husband tak dpt tgk pun…lepas jer dah deliver wicha…I still not stable…Blood pressure dah kat level death dah…….berkat kuasa Allah, after 5 hours around 2.00 am (23rd) baru OK & barulah I boleh kuar labour room….wicha memang dah ader ngn my husband dr kul 10.00pm tadi…..Alhamdulillah Hanya Allah yang dapat memahami perasaan hamba-Nya…Mylovely_family

    I Really Love My Husband & My LoveLy Daughter…..

    So now wicha dah pandai nak jalan setapak dua dan tersangatlah aktif, budak comel ni baik" sesangatlah panjat sana panjat sini…dah pandai mengemas rumah dah ni……semua benda dia nak makan…isy isy isy…. tapi best…sekarang bila balik jer umah tengok dia semua tension hilang… SAYANG DARWISHA….

    PLz Vote Nur Aina Darwisha!!

    December 20th, 2006 by caspergmee

    http://Wicha1 www.era.fm/05/galeri/permata_hati/